Monday, April 25, 2011

Bila mood baking datang! Jom bake Choc Cake Moist & Rasberry Cheese Cake!

www.tips-fb.com

Bila mood baking datang, memanglah aku rasa nak baking saja. Tak kira dah semua diet ke mana, herbalife ke mana.. Nasib baik member-member tolong perabih ramai.haha. selamat sikit perut aku dari mangsa lemak berkrim ni kan..


Last 17/4/2011 birthday my lovely roomate, ASMA. huhu. So tipikal akulahkan.. mesti nak bake something for roomate aku ni. Dan tipikal aku juga.. Aku sangat mencintai Chocolate Cake Moist. hehe. Puas aku praktis nak bagi perfect ni. Sebab selain fav aku, ni juga fav Bam2. so kena make it perfect, persediaan nak masak untuk bakal suami.hehe. Harap Asma sukalah walaupun aku ni asyik nak bake Choc Cake Moist je kan.hehe. 

untuk toping aku gunakan fresh cream + serbuk cadbury koko (for drink) punya sebab dah siap maniskan. Jadi tak perlu tambah gula..potongkan strawberry dan hias! untuk Resepi kek Coklat Moist boleh klik link




cilok gambar dari ASMA =D




Then, Keesokkan harinya.. tekak aku sedikit gatal pula nak makan Cheese Cake. adoih, apehal lah kau ni tekak. kek lagi.. tak puas-puas semalam dah telan coklat kek? Jadi mengikutkan tekak yang tamak haloba ni, maka aku pun bakelah Rasberry Cheese Cake untuk kali kedua. Mula-mula ingat nak bake Brownies Base Cheese Cake. Tapi kekurangan bahan-bahan jadi tukar plan. 


Percubaan kali kedua ni, aku ubah sedikit resepinya sebab pertama kali buat, cheese kek agak lembut sedikit dan susuah nak dipotong.. Jadi kali kedua aku tambahkan 2 sudu besar tepung jagung dan 30 gm butter. Alhamdulillah kali kedua buat bila dah ubah resepinya rasa lagi sedap dan pejal. So nak potong pun memang senang.hehe. Jomlah cuba! 


Resepinya boleh klik link 







Nak baking lagi! huhu ok lepas ni buat lain pulaaaaa! 


p/s: Teringin nak buat Banana Muffin with chocolate chip laaaa!

8 si gojes suke membebel:

Nick said... [Reply]

OMG..sedap nyer!! boleh saya makan? :P

IntanBerlian said... [Reply]

Nick~

heee let's try the recipe =P

Nava Kishnan said... [Reply]

like the raspberry cake, looks so mouthwatering, my saliva is dripping now, wish I can taste it.

Phantom said... [Reply]

tiba2 rasa nak makan cheese cake pulak

mie said... [Reply]

wow!!
boleh buat tempahan nanti..
eheheee

lianalovekhairi said... [Reply]

anda telah ditag.sila terjah http://blog-lianalovekhairi.blogspot.com/2011/04/siapa-nak-join-bloglist.html

Affieza said... [Reply]

Samalah kita..sy pun mcintai gk Chocolate Cake Moist ni..hehe

hans said... [Reply]

walawehhhhhhhhhhh
sedapnya tgok dalam gambar
adoi
lapo2

Related Posts with Thumbnails