Sunday, January 31, 2010

Kenapa aku makin pelik dan jelik dengan dunia?

www.tips-fb.com

balik pasar penatnya.macam-macam diborong walaupon duit aku dah sengkek gila.sedihkan,memang sahdis.dah2 tak payah sian kat aku.aku boleh hidup lagi,=D


oklah.keluar topik.aku sebenarnya ada rasa jelik,muak,nyampah dengan kisah skandal artis, kahwin sana sini, tukar pasangan macam tukar baju, cerai berai tak cukup sekali.. ni kahwin, anak tak sempat hirup nafas segar, entah-entah inai tak hilang pun lagi dah bercerai-berai..muak tahu tak.yang tua kahwin muda.. lagi aku muak.. yang curik laki orang,bini orang,tunang orang lagi aku nyampah.. tahu tak aku jelik dengar..


orang akan kata,ko tak kahwin lagi boleh la cakap macam tu,ko tak lalui lagi asam garam rumah tangga sedap dok mengata orang.. ko berlaki pun tak lagi sedap nak bedal cakap entah merapu meraban.. ye aku tak kahwin lagi..memang betul.sikit pun tak salah..

tapi apa itu maksud perkahwinan.. adakah boleh kahwin hari ini.lepas 2 hari bercerai? Allah menghalalkan hubungan antara sang teruna dan dara dengan harapan mereka dapat berkongsi hidup,suka dan duka bersama disamping memanjangkan zuriat dan umat nabi Muhammad s.a.w.. nikahnya kau sebab nak mengelakkan zina..tapi kenapa lepasnya nikah wujud orang ketiga?khalwat bersama si dara? mahupon teruna? napa wujudnya sugar daddy..sugar mummy..aku semakin konfius.. atau inilah sebab manusia tak pernah cukup dengan apa yang dia ada..tapi bila kita diuja dan diuji sedikit kesulitan,lantas itukah jalan terpantas atau terpintas yang ada? 


lagi-lagi aku sedikit pelik,bila waktu bercinta,waktu angau..waktu pijak bumi pon tak jejak rasanya.. semuanya indah belaka..kentut ko pon oh sungguh wangi rasanya..kentut lah banyak2 kali tak apa..sebab wangi sangat leh buat perfume tambahan..ok aku geli. tapi bila semunya dah terbalik, pungpang pungpang dicanangkan keburukan si dia.. tak cukup ko bagitahu si bakal isterinya,ko canangkan pula kat media.. pula tu si dia orang terkenal.. mahu satu dunia tahu.. itukah rasa rasional yang ada dalam diri ko sebagai bekas kekasih..ohh bekas kekasih..maksud nya ko pernah berkasih dengan dia.. tak akan tak ada sekelumit perasaan kasihan..yes kasih.. dalam  diri kau..even sebagai bekas untuk berbuat demikian. tak perlulah diaibkan. cara terbaik, berpisah cara baik.. yang lepas lupakan.. dia ada hidup baru..jalan sendiri yang perlu diteruskan..kau pon begitu bukan?


yang lagi aku pelik dan bertambah-tambah jelik,bila ada pula sang bekas tunang hendak menyaman tunangnya akibat putus tunang.. tidak percaya kah kau akan takdir bahawa kau dah tak ada jodoh? nak buat apa buat saman-menyaman dengan alasan saman malu kalau betul-betul dia dah tak sukakan engkau..? kita merangcang tapi Allah yang menentukannya...sepatutnya kau amik iktibar,bersyukur..Allah tahu siapa yang terbaik untuk kau.. kau kena syukur,sebelum lafaznya akad nikah,Allah dah beri jalan dan tunjuk yang benar bahawa dia bukan untuk kau.. itulah cara positifnya..jangan dibuat benda pelik-pelik.. kadang-kadang aku sangat malu bila muka melayu itu yang tayang surat saman dengan alasan menyaman tunang sebab putus tunang.. satu dunia tahu.. sampai RM 30,000 nak saman bekas kekasih? sampai 4 cincin ko suruh ganti? gila ke hape kau ni weh????


tak cukup dengan saman..ko guna pula ilmu hitam durjana nak kenakan si dia.. sape engkau nak menentukan hukum sedemikian...oh zalimnya engkau? banyak kisah aku dengar,kat berita,kat lampung..sedara sendiri.. menjadi mangsa ilmu hitam yang keji hanya sebab menolak cinta? tak kasihan kah engkau melihat orang lain terseksa hanya kerana sifat tamak dan ego engkau?

entahlah dunia semakin jelik dan pelik.

sampai aku sendiri pon malu nak tengok dunia dengan mata aku sendiri.

seriuskah aku?

maaf atas salah silap.

aku berbahasa tanpa berfikir mungkin,

hanya meluah mana yang mampu.

yes,nauzubillahiminzalik..aku pun ada hidupku

minta dijauhkan.amin~

p/s: hidup ini singkat...gunakan sebaik mungkin.

9 si gojes suke membebel:

ISZA said... [Reply]

sekadar info:

Apabila seseorang itu sudah bertunang, ini bermakna dia telah mengikat suatu perjanjian yang dikenali sebagai perjanjian pertunangan dan mengharapkan suatu masa yang ditentukan nanti mereka akan berkahwin. Bagaimanapun, ada kalanya perjanjian pertunangan ini tidak ditunaikan sama ada dengan sengaja atau melalui paksaan.

Akibat daripada putusnya perjanjian pertunangan itu, mesti ada pihak yang menanggung malu dan perasaan tertipu . Undang-Undang Keluarga Islam memberikan hak kepada mana-mana pihak yang terkilan akibat putus tunang untuk mendapatkan semula segala pemberian sama ada dalam bentuk barangan yang dihadiahkan atau wang ringgit.

Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam memberi hak kepada seseorang itu menuntut sedemikian.

Seksyen itu memperuntukkan bahawa jika seseorang itu mengikat suatu kontrak pertunangan mengikut hukum syarak sama ada secara lisan atau bertulis, dan sama ada secara sendirian atau melalui orang perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi kepada kontrak itu tanpa apa-apa sebab yang sah, manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungjawab memulangkan pemberian pertunangan, jika ada atau nilainya, dan membayar apa-apa wang yang sudah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah.

myQza said... [Reply]

itulah manusia namanya..

Unknown said... [Reply]

hehh..macam macam sudah

mama affan said... [Reply]

jgn tensi sgt dik..hidup kita akn sentiasa bergelora walau kecik atau beso selagi hidup..dan dikelilingi org2 jelik dan pelik..

zella y said... [Reply]

manusia...
mcm2 perangai n ragam... ;)

IntanBerlian said... [Reply]

cikgu isza~
thx for da info.

ye manusia sangat banyak ragamnya.

eza2odette said... [Reply]

penah dengar pasal y cikgu isza kata-

ouh, intan..sgt muntah darah bila memikirkan hal2 manusia ni kan. uhh..yg buruk jadikan tauladan k. (^^)♥

IntanBerlian said... [Reply]

kak eza~

hmm itulah kak,mcm2 ragam kan.kdg2 rase gerun nk memandang dunia.

Anonymous said... [Reply]

I seldom leave comments on blog, but I have been to this post which was recommend by my friend, lots of valuable details, thanks again.

Related Posts with Thumbnails