salam semua,
beberapa minggu lepas, ada seorang wartawan bernama
kak Naimah dari majalah FOKUS SPM ada email aku.
dia minta aku tulis pasal kolej aku untuk ruangan
DARI KAMPUS KE KAMPUS.
aku pun setuju je lah..
iyelah kiranya ini adalah sekelumit pertolongan
buat adik-adik yang nak mengetahui latar belakang dan
kehidupan pelajar di luar negara..
kak Naimah emelkan aku beberapa soalan.
err banyak jugalah.. so aku kena jawab semua soalan beliau.
dan beliau juga suruh aku hantar gambar-gambar aku
di kolej, india, tempat-tempat menarik.
nah, so aku nak jamu korang dengan gambar-gambar
aku di sini yang aku pilih secara rawak.huhu.
kalau banyak..diam2.layankan je.
first and foremost.gambar aku lah..
wahahahaha.. saja aku nak capup.
ok time ni aku buat root canal treatment.
penat buat treatment ni.. aku buat 2 appoinment.
dah lah setiap prosedur kene amik radiograph.
penat aku ulang alik kat tingkat bawah.
dah la department endodontics ni kat tingkat 2.
RCT ni preserve gigi.
so mane-mane gigi yang dah involve pulp,dah sakit
(pulp bahagian paling dalam sekali kat gigi)
pulp tak boleh diselamatkan.. buang pulp dan
gantikan dengan gutta percha (macam stick)
so sekarang gigi tu dah boleh digunakan.
ini gambar kolej aku yang tercinta.
daa... buruk ke? err.. takpelah
janji aku boleh menimba ilmu... =D
ok yang atas tu gambar hospital untuk student-student
medic.. maksudnya practical kat sini lah.. masa aku 3rd year,
aku practical general medicine dengan general surgery di sini lah..
ceracak-ceracak kat atas hospital atas tu abaikan.
nak tahu kenapa? klik sini.
ok yang bawah tu pula medical college aku...
dah ubah kaler oren dah..tak macam dulu.
huhu. nak tengok gambar dulu?
ini pula gambar hostel aku.. macam banglo tak?
hoho.ade 2 tingkat ni. satu blok ade 12 bilik, 1 pantri dan 1 ruang tv.
mahal woo satu bilik ni.
hm satu bilik ni berharga RM 700.
kenit je pun bilik ni.. memang cekik darah.tapi nak buat cam mane.
nak habis dah pun.. lagipun tak bape selamat nak duduk luar sana.
duk dalam sini senang. ada pak guard,mak guard, warden.
papehal senang..jerit je panggil ada orang tolong.hehe.
ni masa sports day. yang atas tu..
errr jangan gelak.. aku main bola pakai labcoat. takpe.comel kan.huhu.
terpaksalah weh.. hmm aku nak main netball takde.
aku nak main volleyball pon takde. yang ade hanyalah
THROW BALL untuk perempuan.dang!
aku pon layankan je lah.. india oh india..
main baling tangkap bola.banyak pula syarat-syaratnya,
siap ada skill cara nak baling.
mungkin nanti aku boleh anak cucu cicit keturunan aku belajar
main throw ball ni.
yang bawah masa sports day.aku hanya menyokong dari jauh.
sebab aku bukan atlit.nak suruh lari. aku boleh dapat 1st.
nanti orang jeles pula kan.tapi dari belakang lah.
yang ini? hmm di dalam lecture hall lah kunun.
tak layak pun panggil lecture hall.hehe.tak besar mana.
tapi tengok2.semua tetap tersenyum happy.
yang tidur tu? baru lepas makan ubat tidur.
malu nak masuk gambar lah tu.
hohohoho.aku si merah yang suka visible.
aku suka merah.ini masa 1st year..
arwah fatimatussolihah di situ. *big smile*
rindu tim.
ini dental work aku masa 2nd year.
yang atas tu, kene buat artificial teeth arrangement
dan di bawah.kena carving gigi.
amacam habat tak aku.aku dah kata.dentist ni kene
ada seni art. kau nak souvenir ni? nanti aku
buatkan..
ini masa inauguration college day. 1st year ni.
aku di mana? jangan di cari.aku tak ada,
aku punye badan besi. keras kalau menari..
robot pun kalah.jadi aku saja menyembunyikan bakat yang ada.
tarian yang hebat.terpukau orang india.hehe.
hah yang ini aku ada.ni masa 2nd year.
kalau setakat tepuk sana sini.bongkok sikit.
tegak balik.. senget sana senget sini.yang ni aku boleh.
dikir barat tetap berkumandang walaupun di tengah tamilnadu.
ini pula masa posting pedodontics. kene duduk diam2
si sini kalau tak ada pesakit.
ouh yang di belakang tu hero-hero bollywood.
korang pilih lah nanti aku usahakan bawa balik malaysia.
no big deal..korang punya pasal kan.
tongkang pun aku boleh sewakan..
madu 5!
ouh bukan. nak mati kene hambat dengan mak aku?
yang lelaki tu buah hati kami. err takpe sugar daddy jangan jeles.
aku pasang lebih satu je..
MR.PRINCIPAL yang banyak berjasa sejak dari 1st year sampai sekarang.
masa ni pergi CLASS TRIP ke KODAIKANAL.
memang sejuk nak mati dan cantik..
hill station yang sesuai dijadikan tempat lawatan.
tapi tak boleh lawan cameron.
err aku pun tak ingat cameron rupe macam mane.
bersama-sama pelakon hindustan.
hee.
tak kawan satu batch dengan kau yang ikut pi kodaikanal.
perkahwinan cikgu aku (yang perempuan tu)
1st time datang tengok orang india kahwin.huhu.
kami pun nak melaram dah macam bollywood.kilat sana sini.
aku masih dengan merah..wahahaha.
ni datang waktu reception.
memang agak pelik lah. semua orang datang lepas tu amik gambar dengan pengantin.. pengantin tak berganjak langsung dari atas pentas ni.. jurukamera siap sedia je.. bertukar-tukar kumpulan mahupun keluarga. lepas habis bergambar terus pergi makan. dan balik. macam tu je ke?
di Malaysia sibuk 1 malaysia, kami pun tak terkecuali.
siap masuk paper THE STAR lagi.
capup lagi aku ni.haha..
haa nak tengok gambar aku masuk paper?
ini masa sambutan hari keputeraan Yang DiPertuan Agong
di Chennai bersama Consulate General.
hm masa 2nd year ni..
kalau tak silap di Hotel Concord,Chennai.
pertama kali menyambut kedatangan junior-junior tersayang.
so excited lebih sikit. ini masa Majlis Berbuka Puasa bersama
junior sekaligus sambut kedatangan diorang.
di Hotel Chenney's Gateway.
gambar berbuka puasa.
Sambutan Raya. First time sambut raya di perantauan.
dahlah agak baru sampai india.
semua pun bangkak-bengkak mata di pagi raya..
ini makan-makan di Hotel Metro manor, Chennai.
sarapan pagi selepas solat raya.sendiri-sendiri je pun.huhu.
pastu malamnya kami buat makan-makan lagi di
RESTORAN PELITA NASI KANDAR, CHENNAI.
semua excited jumpa satay..muahahaha.jakun.
esoknya kami dijemput ke majlis rumah terbuka
di rumah Consulate General Chennai, Encik Rosli.
rasa terharu dan gembira melihat ramai orang Malaysia.
terubat sedikit kerinduan.
raya sendirian di SALEM.
hehe.masak-masak dan buat hiasan sendiri.
seronok juga tapi penat sangat!
gambar raya tahun lepas lagi
aku memang kaki jalan..yela jalan guna kaki.
awal 3rd year. korbankan masa cuti balik malaysia pergi north of india.
yeah akhirnya tercapai juga impian nak jejakkkan kaki ke TAJ MAHAL, AGRA
subhanallah.memang cantik.jejak je kaki kat sana.
aku memang ada sedikit err banyak sebenarnya perasaan kagum
indah sungguh taj mahal.sejuk je.
sebab fully made of marble..
harga nak masuk TAJ MAHAL : RM 70.
yess untuk foreigner.
untuk local? RM 2.
perbezaan yang sangat ketara.
next time kena menyamar jadi artis bollywood.
GATE OF INDIA, DELHI.
di tembok-tembok india gate ni,
dicetakkan nama-nama para pejuang yang telah
mati waktu perjunangan mereka.
Encik Rosman dan keluarga.
menjemput datang rumah beliau waktu kami datang melawat DELHI.
memang best lah yang aunty ni masak.
err terubat rasa nak makan makanan malaysia.huhu
paling best ada kuih buah melaka.hehe.
ini pulak di PINK PALACE di JAIPUR.
hmm Jaipur terletak di Rajasthan.
terdapat banyak palace dan bangunan yang menarik-menarik di sini.
yang ini dekat FATEHPUR-SIKRI
yang ini dekat KULLU MANALI,
HIMACHAL PRADESH...
memang jauh gila nak pergi..
sejuk nya masyaALLAH.cukuplah sekali aku jejak.
huhu memanglah best.tapi tak tahan sangat sejuk..
ada sekali tu malam.aku bijak sangat keluar pergi jalan-jalan
pakai sandal je.. orang semua pakai kasut.memang bijak.
rasa sakit gila.huhu.bajet hebatlah tahan sejuk.
di MANALI juga.. bukan Shimla ni..silap.selepas bermain salji.
kami pergi main air pula.
haha sejuk nak mati air..
water rafting.huhu suka!
yang comel loteh ni semua masa
di SHIMLA..
huhu itu pakaian tradisional orang Shimla.
aku yang mana.cepat teka..haha..
nak baca pengalaman di india yang aku pernah tulis?
tapi tak habis aku publish kat sini.huhu
klik bawah ini.
p/s: maaf entri berjela.tepuk tangan kuat-kuat kalau berjaya sampai tahap sini.hehe.mmuahhh sekali!
35 si gojes suke membebel:
wah.Sangat best ya di negeri orang. ^^
tu dia!!!
panjang berjela....
pesal xde gambar rani mukerjee...
hahahaaaa
wow...bestnye bace..hehehe..suke tgk gambar2..
x terasa entry nie panjang...:P
nice2...semoga ceria selalu kat sane eh..:)
waaa...teruja nye...adik pon mint dentistry neh tapi tak kesmpaian la nak stdy cos nehh...uwaaaaaaaaaa
bestnnyer dpt duduk kat negara org ye... tp mmg cantik la hostel tu... patut la mahal...
seronok la ekau , kau nk habis study dah ke ?? aku trgn la nk g taj mahal wei , hahaha .
saya nak cop sokto intan tolong rawat gigi saya okey!secara percuma..hahaha TAK KIRA!
akakkkkk.... x ske nyer wat RCT bile de pulp stone dh nk dkt2 kat pulpal floorrr.. susahhh.. br wat atas mounted plaster... blom wat kat dlm mulut orgg... takotnyerrrr.....
by the way, cantek lak dental college kat sane.. jeleshhh2!
alamak terbyk bebel lak..(^.^)V..
Sesayang_Andox~
huhu ada yang manis ada yang pahit.
mie~
haha. memang TER panjang.lol. ala rani mukherjee kau gugel je dah jumpe.gambar aku? xjumpe kan? so ni dia.haha.
ed's photography~
hee.maceh ed. ceria2 walaupun di hari yang panas nak mati sekrang ni.
haziqah~
huhu adik takpe. kalau semua amik dentist t payah pula.hee. adik dtg jumpe akak lah nanti ok?
zella~
huhu ada yang indah ada juga yang tak.hee.. hmm yep mahal sgt.tapi ok lah. takde lah panas sgt sebab ade ac.hee.
Aus Melankolik~
huhu. yeah aku nak abes dah.tak sabar-sabar dah ni..
jom datang taj mahal!
helena's~
haha.cikhel.kalau setakat nak tolong chek.free pon takpe,no consultation fee.gagaggaa.
faramira~
huhu, adik. dah buat kat dummy work eh? hehe. tahu takpe.kalau calcified canal lagilah..tensi je.dah buat2 sekali tak boleh.terus kes cancel,huhu
mahal tu 700! hoho
kawan I ada sorang blaja medic kat India.
oh ya, nak kena pangiil dr bella ya
lalalala
salam bella,
waaaaaaaaahhhh tq sharing byk gambo2
bestnya dia
mesti gigi bella putih berseri kan
ahaks ahaks!!!
nsnti akak g klinik bella wat treatment free erk, nak scalling, root apa ntah, ekekkeek...
wat barceless pun free gak, hahahah
adesss..aku sedap2 menaip komen yang pjg bejela tadi, tetiba tenet down!! habis melayang hilang terbang komen ku yang panjang dan luas sepadang td..tapi takpe, aku tetap ingin teruskan, gambar! cambest!! sekali tengok mcm kat malaysia jgk, sbb nmpk muka2 melayu ada, hahaha, dan india jgk..exept building yg beberapa bijik tuh takde kat mlysia, TAJ MAHAL terutamanya...congratz sebab dah nk hbis, n masuk majalah..nnti nk godek majalah lah pasnie..
WOAHHHH !
seronoknya .
terasa macam diri ini berada di tempat kejadian jeh .
seronok cuci2 mata hari ni .
weeeeee~
pssttt... teringin nak pi merantau jaoh cam akak chun ! hmm...
huwauuuuuuuuuuuuuuuuuuu !
*tu je yg nak kate. s0 interseting gambar2 tuh
bila la ku nak sampai India ni
kak blue~
weee. huhu ala xlayak lagi di panggil dokter lah kak.. xde putih berseri mane pun kak.hehe.
hmm boleh2.boleh bagi diskaun.haha..
akey87~
haha.orang msia di indiawee. lain kali tulis komen panjang2.awal2 dah copy dulu.hehe.
hmm marilah dtg india.aku bawa g taj mahal.hehe.
huhu insyaAllah lagi bape bulan ni abes la. tapi aku kene kerja di india setahun.woot2.
Nurika Jianie~
huhu. ala dik, nanti kumpul duit banyak2 pastu pi jalan ngn hubby eh.lagi best.haha.
miss lolly~
huhu, jemput dtg india.
wan perlis~
hah jemput dtg india.. dlm mimpi dulu pun takpe.hee.
nursarah~
hah tahu takpe.orang india memang suke pow orang.
medic si mane?
wah kak intan, besss sgt stdy kat indiaa huhukk tapi mesti sedih kan next year dah tak duk india dah T_T
huhu nak balik cepat2.tapi mesti rindu gile kan kat india ni.. kat msia pon bestla dik.
bestnya ko kat situ eh.. :D Aku terasa nak melawat taj mahal plak :D
ko ada gambar taj mahal yg cantik tak?
hahaha.jomlah dtg taj mahal..weee....
kak..mau tnya berapa jauh dr chennei ke kovai..dan berapa harga kain sari dengan punjabi di sana. bulan 7 ni sy akn ke kovai medial center untuk training physio
hai kak.. ni dekat vinayak mission uni kn?? oke ke kt sana ?? insyaAllah next year saya msk sana utk dentistry ...
Post a Comment