salam bloggers.
"ma, kalau along dapat duit terpijak 1 juta kan..hmm ma rasa apa along nak buat dengan duit tu?"
hehe aku pernah menanyakan soalan cepumas kat mak aku.. aku memang suka perasan sikit.haha.
"uih sapa nak bagi duit banyak tu long,tumpang senang lah mama."
"hahaha..anak mama kan suka berangan,tapi mana tahu kalau niat baik tetiba ada orang nak bagi ke..takpon rezeki along ke ma..tuah orang sapa tahu ma" hehe..
mak aku layan je aku ni weh... seriously.aku memang selalu berangan..terbayang-bayang sorang2.. tapikan sapa setuju dengan aku..1juta tak banyak mana pun sebenarnya..betul tak? sapa setuju sila angkat kaki dulu pastu baru tangan anda.
hmmm aku ada terpikir, 1 juta.. banyak juga tu..semestinya kena zakat..so sebagai seorang muslimah sejati, aku nak zakat kan beberapa yang sepatutnya aku zakatkan dari 1juta yang aku dapatkan tu.. rezeki Allah sama-samalah kita kongsi bersama..ye tak? mana tahu rezeki si dia dan dia juga dia ada kat bahagian berlebihan yang kita dapatkan tu..lebih berkat orang kata... itukan kewajipan kita..
then separuh dari jumlah aku dapat,aku nak simpan dulu...katalah RM 500,000.. then dari jumlah tu aku nak bagi dua lagi..separuh simpan Tabung Haji..separuh lagi simpan ASB..
simpanan demi masa depan
simpan kat tabung haji buat masa depan..senang nak pergi haji ke umrah..aku harap aku dapat bawa ma ngn ayah aku g haji..kalau ak pun atleast... atleast umrah.. amin..
nak melabur dekat saham? main saham? aku tak reti.. mahu aku bangkrup nanti.hehe.so aku hanya mampu simpan sahaja..
penting ni simpan duit..impian aku nak buka klinik sendiri..modal tinggi woo... satu dental chair tu je dah berapa.. mahu 10-20 ribu ringgit...dengan segala material lagi..instruments..jadi kene menabung demi masa depan.. aku pun nak kahwin juga.hehe..so kene jimat cermat..
amacam smart tak.huhu.
hijau je mata aku ni..hehe..argh aku nak satu.
kereta? aku teringin nak beli kereta..tapi aku sekarang kat india..bukan aku pakai pun kereta tu.. mula aku ingat nak beli cikai-cikai punya..mana ada duit beb..tapi dah dapat 1 jutakan.. pe lagi rembat baik punya lah.. aku ingat aku nak rembat satu TOYOTA CAMRY..aku memang suka gila usha TOYOTA CAMRY ni bila aku gi mana- mana.. tapi bukanlah sekarang.tunggu aku dah kerja baru aku beli..hmm tapi bam2 kata aku tak sesuai pakai keta besar-besar..HONDA JAZZ sudah..konflik dalaman..
bergaya kan..
merah keberanian.
putih kesucian.
gaya keunggulan.
impian aku tak adalah setinggi gunung nak ada kereta ferrari ke, lamborgini ke, toyota supra ke..dan seumpanya..mana mampu..minyak pakai kuat.. maintenance tinggi..terkincit-kincit aku nak menampung nanti.hehe..
ok so sekarang balance lagi RM 500,000.aku ingat nak bagi ayah aku RM 100,000 la.. ayah aku berkenan betul dengan HILUX.. dari dulu dia nak sangat beli..maklumlah,ayah aku ni ada bisnes kebun.keluar masuk kebun kan senang.. huhu pantang nampak HILUX ayah aku kata.
"itulah keta ayah" huhu..ouh ayah..macam anaknya.lol. =P
so,aku tak tahu bapa harga pasaran HILUX,aku bagi jumlah ni..kalau lebih ayah simpan..kalau kurang ayah tambahlah sendiri eh.hehe..
mak aku aku bagi RM 70,000 la.. dan aku nak masukkan kat akaun adik-adikku seramai 3 orang sorang RM 10,000..buat masa depan ek adik-adik..jangan bantai beli coklat lah, baju lah,kasut la pula ok?
then, RM 100,000 aku ingat aku nak sedekah kan..agih-agihkan sikit sama sikit dekat rumah anak yatim,rumah orang-orang tua yang ada dekat-dekat area rumah aku tu...
so balance sekarang ada lah RM 200,000.. jumlah ni aku nak buat kenduri doa kesyukuran sikit..yelah sapa lah leh dapat duit 1juta terpijak macam aku ni..hehe..rezeki-rezeki..
pastu aku nak bawa mak ayah dan adik-adik aku pi shopping..aku nak suh je diorang amik baju ke kasut ke bag ke dan seangkatan dengan nya.. aku nak bawa diorang beli apa diorang nak..tapi ade limitlah..takkan lah aku nak bagi adik aku rembat keta sebijik plak.. pastu aku nak beli barang-barang dapur dan makan kat rumah..hmm akukan anak sulung..jadi semua tu dah menjadi tanggungjawab aku,huhu...
kalau ada rezeki lebih lagi..aku nak bawa diorang pi jalan-jalan india.. bawa pergi BANGALORE ( gi wonderla), CHENNAI (beli sari), DELHI (jalan-jalan ), gi TAJ MAHAL, dan kalau diorang tahan sejuk nak bawa pi main salji kat MANALI..huhuuhu...
taj mahal..
jom main salji.hehe.
see...tengok...tak banyak mana kan 1 juta..dah abes dah aku belanja kan..hehe.simpanan masih ada.. puas hati semua aku dapat bagi rasa duit 1 juta ni...
hmmm aku pesan kat mak aku,
"ma kalau along betul-betul dapat ni..ma kene ingatkan along tau"
"ingatkan apa" tanya mak aku
"iyalah..manalah tahu..berangan lebih-lebih..berbuih mulut cakap nak simpanlah..sedekah lah.. nanti bila dah dapat.. sume tu entah ke mana..setan kuat.. ada yang berjoli shopping tak ingat dunia plak kang"
" yela..mama tahu anak ma tak macam tu"
senyum bangga jap.
"tapi ade ke orang nak bagi along duit banyak camtu"
gagagaga...aku memang berangan..
sekian angan minah jeninku..
ok ini adalah entri untuk contest if i were a millionaire atau jika aku seorang jutawan.oleh brother aduka5.
TARIKH TUTUP : 4 MAC 2010
sila terjah kalau mahu berangan macam aku.hehe.
p/s: tak salah berangan asalkan tak makan diri.hehe.. angan-angan perlu ada sebelum tercapainya impian.betul tak.
15 si gojes suke membebel:
angan2 aku dpt satu juta nak kawin dgn Intan...hurmm
haha.. ko ni tan.. bab brangan terer tol...
tp kan... klu ayh ko nak hilux, bpk aku plak nak camry..mcm ko.. x abes2 tye ble aku nak belikan camry tuk die... pening aku nak mjawap... hahaha
"camry xmmpu bah, cadbury nak?" hehe...
bestnya berangan..gud luck tau..
amin untuk g umrah hehe...
wah besar sungguh angan-angan dia yek. akak doakan semuanya termakbul :)
Contest rupenye!
Gudlak!
:)
RAJIN BETOL KO MASUK CONTEST YE.. GUD LUCK..
bilis~
haha.1juta? wah $$$$$
iera~
huhu..aku kuat berangan tapi tak adalah merapu maraban macam mat jenin.lol.
haha.nice one.cadbury nak satu bundl pon boleh.heheh..
kak ryna~
mestilah best sis..haha.tpu sis x berangan.
kak eija~
hehe thx sis..doakanlah dapat duit terpijak sejuta sis.
Ms.independent~
thx dear.
fhad~
hehe thx fhad.aku kuat berangan.rajen aje lah aku.
semua pasal kete je
heheeee
haha..not bad..sis pon masuk contest ni gak...sumber ilham dari intan...
joegrimjow~
dah itu yang aku teringin susah betul nak dapat.lol
farazila~
hehe sis.mari kite join.gudluck sis.
Post a Comment