salam dan hello bloggers.
pagi tadi sebelum masuk posting ada dengar satu dentuman yang sangat kuat...
hmm,actually ada satu eksiden melibatkan satu bas melanggar seorang lelaki yang tengah menunggang motorsikal.. kuat gile bunyi..aku dah agak dahsat punya.. rupanya,satu jalan dah ditutup entah kenapa *india memang suka tutup jalan sesuka hati..dan eksiden dulu yang melibatkan sahabat aku juga disebabkan jalan ditutup* bila jalan tutup,bas tu masuk lane yag bertentang arah... jalan dahlah sempit.. bas sini memang macam ribut.. tak akan slow..jalan ni macam diorang yang punya.
bila dah terlanggar.. bas tu terheret jauh gak si mangsa tadi.. pemandu bas pun berhenti..konduktor bas tarik mangsa keluar dari bawah bas.. lepas tu dengan selamba konduktor tu naik balik bas.dan bas tadi bergerak dengan sesuka hati tanpa belas kasihan dan rasa bersalah yang amat.. aku dengar member aku cerita rasa nak bagi pelempang kat pemandu bas tu..kejam sangat..ini langgar lari namanya.. langgar lari di siang hari!!! dan di hadapan umum yang sangat ramai!!!!
sementara nak tunggu ambulans datang..mangsa lelaki tadi telah pun meninggal dunia disebabkan kecederaan parah kat kepala dia..kesian sangat.. rasa-rasanya ada ke keadilan untuk si mangsa?? tak ada.aku yakin tak da.. ini india.. orang mati merata-rata.. nyawa tu macam tak berharga langsung.. aku tumpang sedih dengan keluarga mangsa..macam mana dengan anak kecik kalau dia ada..bini dan keluarga dia? tahu-tahu dia dah tak ada.. meratap je diorang mampu..diorang bukannya orang kaya sampai nak bawa ke mahkamah.. masyarakat? apa diorang tahu? nak ambil nombor plat bas? jangan diharap... selesai mayat mangsa diangkat,semua pun bergerak pulang ketempat masing-masing..kisah tadi? dah jadi sejarah dalam sekelip mata...
bagi aku, keperihatinan masyarakat sangat penting..kalau tak macam tu lah..berleluasa dan semakin berleluasa orang yang tak ada keperimanusiaan ni... Alhamdulillah setakat ini malaysia masih lagi ada orang yang perihatin..kalau nampak langgar lari depan mata,ada je yang tolong reportkan.. dan aku rasa..kes eksiden langgar lari ni banyak berlaku malam dan tanpa orang nampak..tapi kat india? siang hari di depan puluhan orang...berani?
dan bagi aku lagi..sepatutnya,ambulans di mana-mana sahaja patut mencontohi pasukan paramedik di luar negara..ambulans lengkap dengan segala alat bantuan kecemasan..dan bukannya hanya attender sahaja yang berada dalam ambulans..malah doktor terlatih yang boleh memberikan segala bantuan kecemasan sebelum segalanya terlambat bila sampai hospital nanti...
p/s: panjang lebar berjela2 =D
22 si gojes suke membebel:
ngeri nya..sian org 2..tp dunia mcm 2 la..salah kalu bole lari atau sembunyi mmg buat punya..
ya Allah sumpah jahat gile. speechless.
kesiannya org tu....
uish..teruk juga india ni erk..
zella masih ada saudara mara duduk kat sana... tp xtau duduk kawasan mana....
memang orang tu mangkuk pun wani hehe
kak ryna~
hmm dunia memang mcm tu.. tapi peliknye dahlah depan mata orang ramai...
dah la laggar , lari lagi zzzz
takde orang repot polis tak pesal pemandu bas tu?
itu bukan langgar lari...
langgar jalan je tue...
heheh...
tapi india memang cmtu..
kesian kat org tu kan..
kalau rakyat diorang sendiri buat tak tahu,kita ni lagi la..
wah.dasat la tan.elok2 ek kt sane.
dasyatnya.. nyawa macam tiada harga? tiada pembelaan dan keadilan?
erhmMm.
aten chan~
memang,sumpah jahat gile.rasa nk bagi sebijik dua pelempang.
zella~
serius zella ni asal india ke??
kak eija~
uh.memang mangkuk hayun pon.
bilis~
hmmm manusia x bertanggungjawab.gitulah.
zephyr~
kompem tak ada..india tak macam malaysia..nanti dah report kene plak jadi saksi dan bla3.
nabil~
rakyat dia terlalu ramailah.. hmm kdg2 kalau mati tu mcm mati katak je.. lagi kalau musim panas..ramai sangat yang mati sebab diorang ni homeless..
kiwi~
tengs ahn.. =D aku pon rasa gerun nak naik auto ke bas da.
si tedi~
dats india ted.entahlah..aku pun tak tahu nak cakap mcm mane..bygkan lah.langgar orang mcm langgar ayam.
zella bukan asal dr india tp atuk sebelah ayah asal dr sana.... ;)
ouh zella ada darah mamak lah ni.
same goes to me.hehe.. ayah intan pun mamak.kalau tengok ayah intan dah macam hindustan.hehe.
tapi darah jawa intan lagi lebih.
mangkuk+hayun=debus gedebang*&^%$#!!()
sekian..tak tau nak kata..huu
ala tan.. name pon india.. aku kalo naek bas nk g posting rase bas cam terbang je.. seb baik aku berat, kalo x aku pon terbang skali.. lek je aritu aku tgk ade keta langgar moto.. tergolek gak la..keta tuh tgk org die langgar tuh 2 saat pas2 blah.. diorg kalo gado2 pon yg tgk ramai, yg leraikan tarak.. so.. this is what we called 'incredible india'..
Post a Comment