Saturday, March 27, 2010

it's not easy to extract firm tooth sayang..

www.tips-fb.com

salam bloggers,


 huhu jangan risau.aku tak kan baca buku depan
kau sayang..


hah aku takde idea nak merepek.kalau aku cerita kisah aku cabut gigi orang semalam mesti korang pun dah bosan kan dengar.. hehe.. asik-asik pasal cabut gigi.. argh aku nak cerita juga.

eh korang tak gerun ke kisah aku cabut gigi orang.. semalam second time aku dapat gigi geraham( 2nd molar) firm.. dan dengan bangganya aku berjaya cabut tanpa patah rootnya.. yeah!!

hehe sebelum ni aku selalu sangat cakap dalam hati aku.. asik kes grade II dengan grade III mobility je.. tak mencabar langsung.. kerek ek aku..maap. =P

itu pun last minit dah nak habis posting baru dapat.. senior kata.
"boleh ke awak cabut ni?" " argh saya try lah bang..
 *dalam hati aku.ceh underestimate aku eh bang!*

hehe.. sepenuh tenaga ok..dan dengan gembiranya inferior alveolar nerve block aku telah berjaya menjadi.. patient sikit pun tak rasa sakit.. Alhamdulillah. (>.<) *nak senyum lebar-lebar*

entah kenapa aku selalu dapat patient yang pelik-pelik. dulu aku pernah dapat pakcik tu dia deaf and dumb boleh klik sini nak baca kisah aku cabut gigi pakcik tu.

semalam aku dapat sorang abang tu.. muka dia expressionless.memang blurrr habislah.. aku suruh buka besar-besar mulut pun dia tak paham..

ada sekali tu aku konon bagus habislah cakap tamil dengan dia.. sekali dia jawab:
" sorry i didnt get you." ouh man.i was like..wtheeeee.. ceh malu aku dowh. tahu speaking rupanya mamat neh..so pengajaran..cakap english dulu ye..

hmm sebenarnya, gigi firm molar sangat-sangat sukar bagi perempuan yang kurang tenaga macam aku.ceh. 

sebelum ni aku pernah dapat kes firm tapi bukanlah gigi molar (geraham).. aku dapat gigi canine dan premolars.. not that difficult.. kenapa molar susah sebab rootnya ada 3 untuk atas dan 2 untuk gigi bawah..

jadi nak senang..

1)kena pastikan LA work so patient tak sakit..so boleh lah buat macam-macam dalam mulut.

2)kena elevate mucoperiosteum fully..sampai nampak root part dan bony area.so senang nantii nak luxate kan gigi tu guna periosteal elevator.. luxate ni maksudnya kita kena umpil sedikit gigi tu ke atas supaya senang nak grip guna forcep nanti.. dan tiada masalah root patah..kalau patah dah satu hal lagi nak keluarkan root.. 

3) grip firmly..give more buccal traction.. hehe aku suka part ni. walaupun kena guna tenaga lebih.tapi aku suka.. nanti boleh dengar bunyi gigi tu..dengan bone juga.. crack2.. hehe.. kalau sebelum ni masa aku nak cabut 3rd molar ( gigi bongsu) aku tak berjaya sebab aku tak cukup kuat dan kurang visibility serta accessibility. kali ni aku berjaya.hehe...
bila aku nak sterilize instruments aku, ada sorang senior perempuan tanya:

" u did it intan? " senyum lebar aku ..angguk kepala laju2 lak tu.haha.
dia senyum  " good job dear!" 

tapi aku rasa aku belum layak nak terima kata-kata pujian sebab tengoklah entah berapa ramai teman aku.. aku masih belum mampu berdepan dengan pesakit sendirian kalau kes-kes firm ni.. dan credit juga pada Iggy sebab tolong aku luxate..tenaga perempuan aku tak cukup lagi.. bukan aku tak cuba..aku cuba T.T

yeah,teruskan usaha intan!!

sabar sayang..nanti aku balik malaysia.aku mesti mampu berkhidmat dengan baik.. nanti aku jemput kamu semua melawat aku ye..aku bagi the bestest treatment...hehehe.


hah tolong korek hidung sebelum datang ek sayang
haha. aku takpe.
sebab aku pakai facemask.
lalalala.
tapi hidung aku bersih.
aku tak tipu.
sumpah.

p/s: aku dah tak takut tengok darah!!! bangga tak dengan diri aku ni..=P

4 si gojes suke membebel:

enjelinajolipit said... [Reply]

hahahhahahah!
cabut gigi pon pakai tenaga banyak.
mcm cabut pokok plak

bellar0ssa said... [Reply]

enejelina~


ceh kau.meh try cabut.

✖sLap mE pLz!™✖ said... [Reply]

ni jenis xgosok gg la neh,,

bellar0ssa said... [Reply]

huhu.. orang india ni ramai yang tak gosok gigi.pening aku nak kene bau ok.

Related Posts with Thumbnails