Sunday, March 28, 2010

Resepi mudah Sagu Gula Melaka.

www.tips-fb.com

salam semua,

minggu lepas, aku memang takde kerja.so nak
mengisi masa yang ada aku pun teringin nak buat 
sagu gula melaka.
 
aku tak pernah rasa sebelum ni.

kebetulan banyak pula gula melaka dengan
biji sagu kat bilik aku ni..
dan aku pula terjumpa resepi ni waktu blogwalking
kat blog Hazzy Ishak ( mari skodeng beliau)
 
Resepi nya sangat mudah.
yang bujang-bujang tu pun boleh saja buat.hehe.

bahan-bahan: 
(ini yang aku guna, kalau nak ubah kuantiti sendiri pun boleh)

1 1/2 gula melaka
1 mug biji sagu
2 peket santan serbuk  ( boleh diganti dengan susu)
( aku guna peket je, celah mana nak cari santan kat india ni)
sedikit garam
gula
daun pandan ( kalau ada) 

cara-caranya:

1) rendam biji sagu dalam air biasa selama setengah jam sampai sedikit kembang.
2) kemudian, buang airnya dan toskan biji sagu.. masukkan dalam kuali.
3) tambah air sedikit demi sedikit, gunakan api perlahan
4) masak sampai sagu bertukar menjadi lutsinar.
5)bila dah masak, masukkan ke dalam acuan dan sejukkan.
6) untuk gula melaka, potong kecik-kecik sedikit dan masukkan ke dalam kuali, letak sekali dengan daun pandan.. dan panaskan dengan api perlahan sampai gula cair.. kalau kurang manisnya tambahlah gula biasa.. ikut suka.dah masak.. asingkan dan sejukkan.
7) untuk santan, pastikan api perlahan.. tambah sedikit garam.. pastikan juga tak sampai pecah minyak. dah masak.. boleh juga disejukkan.



hehe, aku letak perwarna pink kat sagu ni..
saje nak menambah seri..weee.


bila nak makan, terpulang lah ikut kreativiti sendiri nak hidang macam mana.macam aku ni, aku guna sudu dan letak sikit-sikit dalam mangkuk.
pastikan dah sejuk sirap gula dan santan.. pastu letak sekali..
memang sedap woo!!
 
 
 yang first aku letak santan.
yang second tu aku dah letak gula..
SEDAP.! tak tipu.
 
 
kalau ikut style hazzy pula, dia letak dalam acuan kecil.
pastu letak santan dan sirap gula.
memang cantik.

nilai estetik aku kurang sikit.haha.

hehe, member-member aku kata rasa macam cendol.
arghh faveret aku la cendol.jadilah kan tak dapat
cendol tapi dapat ni..

nak buat lagi.tapi celah mana nak dapatkan
gula melaka dengan biji sagu kat india. T.T


meh tolong postkan kat india =D


p/s: thanks ye hazzy. =D Hilang kempunan aku makan cendol.hehe.

26 si gojes suke membebel:

myQza said... [Reply]

akuselalu buat lembik jek!

Aus MeLankoLik said... [Reply]

Nampak sedap , tapi hahahak..
pandai lak kau buat ek..
bagus2...
hehehe .

bulatkocik said... [Reply]

elOw..nmpk jer cam sedap..rasa xtau lar..hehe
klu wrna tukar jadi hijau msti jadi cendol terus..;)

✿ Cik Nadyaa ✿ said... [Reply]

Awww...comel giler kaler pink

IntanBerlian said... [Reply]

sI tEDI~


kau terlebih air tu kot ted.

IntanBerlian said... [Reply]

Aus Melankolik~


ceh, ayat underestimate aku neh aus. mestilah..kau tahu tak masak air.lol

IntanBerlian said... [Reply]

Mr Rulez~


haha patut kene letak kaler hijau ej.nampak cm cendol sikit.

IntanBerlian said... [Reply]

nadya~


comel untuk orang yg comel kan.hehe.=P

Aqma Nazri said... [Reply]

intan... nak cket... wah, dah pndi buat kuih mcm2 nih... dah layak jdik menantu nih... =p

Atiqah Jani said... [Reply]

nampak lazat , cumel dan menggude ! nakkkk jugakk ! uwaa Y__Y

p.s : pssttt.. kalo ade mase nnt mau terai jugak lah ! :DDD

CITY® said... [Reply]

wahhhhhhhhh bella
nampak sedapnya
senang je erk?
nak buat gak la nanti
heeeeeeeeeeeeee..

pinkishhhh
huhuhu

hans said... [Reply]

nasib gua xberapa makan sagu nih

IntanBerlian said... [Reply]

Aqma~


haha ala aqma..senang sgt ni..belum leh jadi calon lagilah syg.

IntanBerlian said... [Reply]

kak blue~


huhu alahai kak,senang sangat la nak buat ni..kak buat kaler biru tau nanti.hehehe.

IntanBerlian said... [Reply]

Nurika Jianie~


buat dik.jangan tak buat.. pastu buat lah kaler len plak.haha.

mie said... [Reply]

sedap ni!!
order sagu gula melaka satu!!
kalo xde, sagu gula india pun ok..
heheheeee

Atiqah Jani said... [Reply]

kaler lain ? wokeh ! kaler pelangi kot ! heeee :P

hans said... [Reply]

sedap kah?
aku tak gemar sangat nih

JelinaJoli said... [Reply]

baru makan cendol. kenyang sampai sekarang. hahahahaha!

sagu tu mcm mana??? kahkahkah! really donno

IntanBerlian said... [Reply]

mie~


hahaha..ala mie. ceh, celah mana nak carik sagu ni mie.. adoih.

Anonymous said... [Reply]

pink nye. tetiba seram pulak. haha.

IntanBerlian said... [Reply]

Nurika Jianie~


hahaha...lawa nye kaler pelangi.. dah buat sila tayang kat blog ek.

IntanBerlian said... [Reply]

hans~


kene rase..sedaplah..hehe. trylah buat hans.

IntanBerlian said... [Reply]

enjelina~


ceh kau saje nak buat aku jeleskan..nyampah aku. sagu pun tak kenal..parah dah kau ni.

Hazzy Ishak said... [Reply]

wahhh terer!!
nampak sedap sgt

IntanBerlian said... [Reply]

hehe credit tuk kau hazzy.maceh!

Related Posts with Thumbnails