Tuesday, March 30, 2010

Tak terfikir aku soalan itu dia akan tanya!

www.tips-fb.com

salam semua,

pernah tak ada orang tanya pasal Islam dengan korang? maksud aku yang non-muslim lah.. 


pada beberapa hari lepas, ada seorang batchmate aku tanya.. mula-mula dia cerita pasal good friday and bla3. dan dia kata nama dia JONAH.. which is Yunus in Islam .. dia kisahkan kat aku pasal Jonah dalam mulut ikan paus tu..dan selepas berdoa.. 3 hari dia terkeluar.. 


aku pun diam sahajalah.. ouh yeah.dia penganut Kristian.


dan tiba-tiba dia tanya aku:


" siapa tuhan kau intan?" Aku siap-siap translate dalam bahasa lah ye.
aku jawab. " Allah.kenapa kau tanya?"
 " siapa anak tuhan kau?"
"  ouh tuhan DIA satu sahaja.. DIA tak ada anak, tak ada isteri, tak ada sesiapa..dan dia berdiri dengan sendirinya.. "
dia buat muka pelik.. dia kata lagi " kau tahu tak, Jesus tu anak kepada tuhan"
 "ye aku tahu kau percaya yang Jesus tu anak kepada tuhan, tapi sebagai Islam aku percaya yang tuhan itu satu DIA tak beranak dan tidak pula diperanakkan."

" macam mana muka tuhan kau?"
" aku tak pernah tengok muka tuhan.. tapi aku percaya DIA itu ada" 


dia buat muka pelik lagi..time tu aku dah rasa lain macam.. menggigil badan aku.. aku kena bersiap sedia apa lagi yang dia bakal dia tanya aku..



tak pernah aku ditanya soalan sedemikian rupa..selalunya aku selalu sahaja baca dalam artikel, blog dan sesi-sesi dialong sebegini.. tapi tak pernah terjadi dengan aku.. aku kena jawab macam mana pun.. ini soal agama aku..


" eh macam mana kau boleh percaya Tuhan kau ada sedangkan kau tak lihat pun muka dia..tak tahu pun bagaimana rupa DIA.. dan tak yahu DIA tu di mana..macam aku, aku tahu Jesus punya rupa.. aku tahu dia dari Jerusalem.. kau pula tak tahu apa-apa?"
 " kan aku cakap tadi.. aku tahu DIA itu satu dan DIA tak ada sesiapa..DIA hanya satu" dan aku tahu dia makin pelik..


 fikiran aku ligat berfikir..bagaimana aku nak terangkan ni, aku teringat beberapa sesi dialog debat yang pernah aku baca di beberapa artikel dan juga kat blog Joe..


" hey Jonah mari aku bagitahu kau satu perkara, kalau lah aku lempang kau sekali kan.. kau rasa sakit kan? kat mana yang kau sakit tu? tunjukkan aku?"

 dia tunjuk pipi dia..

" ok sekarang bagitahu aku..mana dia sakit?"
 " sini sakit,ini sakit"
 " bukan, itu bukan sakit..itu pipi kau..itu kulit kau..itu bukan sakit.."
 " kau tak nampak dimana sakit kan? kau tak tahu rupa sakitkan..tapi kau boleh rasa sakitnya kan?"
" see jonah.. dalam kehidupan ini, ada perkara yang kita tak perlukan explanation dan bukti rupa mahupun bentuk.. tetapi kita sendiri boleh merasakan kewujudannya.. we can feel it.. feel its existence right.. "


dia diam sambil memegang-memegang pipi dia..hati aku berdebar..dia macam memikirkan sesuatu.aku pun cuba cari apa lagi patut aku cakap..


tiba-tiba:
"hey intan let me tell u something"


wah berdebar-debar hati aku..apa lagi dia nak utarakan ni..


" Jonah. u got case!!! " seorang senior panggil dia..



tarik nafas lega aku... argh memang agak susah untuk berdebat dan mempertahankan sesuatu bukan..


mungkin seperti yang aku baca di blog Joe, aku patut berkata begini:

kau nampak tak otak kau di mana? pernah nampak? atau patutkah aku katakan kau tak berotak hanya kerana aku mahupun kau tak nampak otak kau.


argh kasar pula bunyinya.


walaupun begitu aku cuba.. aku yang kekurangan ilmu ni cuba mencari ilmu agar suatu masa nanti kalau ada orang mempersoalkan pasal agama aku..aku mampu tersenyum dan menjawab dengan yakin dan tenang tanpa rasa berdebar-debar dalam hati...



dan bila dia tanya siapa tuhan kau.. aku tidak menjawab tuhan "aku".. sebab bagi aku.. bila kita kata pasal tuhan.. DIA ialah ALLAH.. dan DIA ialah tuhan seluruh umat manusia dan segala yang ada di muka bumi ini..maka.. tidak wujud tuhan kau mahupun aku sebab DIA hanyalah satu...






p/s: maaf sekiranya ada yang tersalah untuk apa yang aku katakan.. yang buruk itu datangnya daripada aku juga..

26 si gojes suke membebel:

farid™ said... [Reply]

penerangan yang penuh hikmah..saya rase penerangan tu buat yg bertanye tu berfikir.

ftrhd said... [Reply]

wah kalau saya di tanya gitu pun mesti terkial-kial..alhamdulillah awak bleh jawab..tapi kalau dapat buka hati seseorang utk masuk islam lagi besar pahalanya :)

IntanBerlian said... [Reply]

FIT~

huhu, besar pahalanya besar juga ni caranya nak berkata-kata..

IntanBerlian said... [Reply]

Farid~


hmm harap-harap dia berfikir penerangan aku tu dengan waras =D

Aus MeLankoLik said... [Reply]

hohohoh,bhye gak..
kena terang betul2..
kalau silap terang nnt diorang salah paham lak...
anyway , bagus bella !

myQza said... [Reply]

Alhamdulillah.. agar kita dapat memberi penerangan dan kefahaman yg betul d mereka yg bertanya!

IntanBerlian said... [Reply]

Aus Melankolik~


huhu, kalau aku tak baca artikel-artikel pasal tu dulu aku pun blur..blank..tak tahu aku nak explain camne.. komplikated.

IntanBerlian said... [Reply]

sI tEDI~


sama-samalah kita cuba yang termampu menerangkan yang sepatutnya kepada mereka.

qamarguyz said... [Reply]

salam ziarah..
Tahniah yer,,sekurangnya penerangan kamu tu berjaya buat dia berfikir..
bukan senang nak berhadapan mereka dalam diri tanpa persediaan =)

IntanBerlian said... [Reply]

Azrai Ahmad Zamri~


hmm terima kasih sudi singgah sini =D sekurang-kurangnya dapat buat dia berfikir dan menjawab persoalan dia..

Hazzy Ishak said... [Reply]

harap2 dia paham apa yg intan cuba sampaikan

zella y said... [Reply]

bagus!

harap2 dorang tu fhm la kn...lgpon penerangan tu mmg baik...

solan2 dorang ni mmg klu xreti or salah jwb, nanti lain plak yg dorang fkirkan...

md nasir said... [Reply]

salam..
good answer gak tu..tapi kalau dpt lebih ilmiah lagi jelas..kalau sy ngeri gak nak jawap tu..
harap kita bersama-sama dpt menambah ilmu bagi mempersiapkan diri memberi jawapan bagi soalan2 begini..

CITY® said... [Reply]

salam bella,
bagus dan alhadulillah..
tak semua org mampu jawab soalan2 sebegini
asas dan ilmu itu penting

terharu..

nur 'adli azhari said... [Reply]

pergh!! soalan2 cepumas tuh! tahniah!

IntanBerlian said... [Reply]

Hazzy Ishak~


behitulah hendaknya..insyAllah tak paham semua tapi mungkin dia paham kenapa kita percaya Allah tu ada.

IntanBerlian said... [Reply]

zella~

aku tu pun buat2 konfiden,padahal berdebar aku..takot apa yang aku cuba sampaikan dia tak paham..

IntanBerlian said... [Reply]

md nasir~

iye kurang ilmiah.aku kena tambahkan ilmu dulu baru boleh bagi yang berilmiah..

IntanBerlian said... [Reply]

kak blue~

itu pun tak cukup mantap lagi kak T_T

IntanBerlian said... [Reply]

nur 'adli azhari~


errkk tak layak dapat tahniah tu..tak cukup mantap pun jawapan tu..

bulatkocik said... [Reply]

uit..hebat..cam 2 lar..kena byk tau pasal islam biler dbumi org len..baru tak dtindas..jgn luper curik ilmu ggi byk2 bawak blik msia yer..hehe..;)

IntanBerlian said... [Reply]

Mr.Rulez~


huhu insyaALLAH cuba yang terbaik punye.hehe..

IntanBerlian said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Unknown said... [Reply]

ruginya xley tau apa yg Jonah tu nak bgtau u..
'hey intan let me tell u sumthin'

agak2 ape ek? hehe. ;)
hapahapa pun, tahniah anda menjawab dgn baik.
scary ya bila orang tanya kita macam tu sbb kekadang kita pun tak pernah tanya diri sniri soalan macam tu. huhu.

IntanBerlian said... [Reply]

Haura~

huhu sebenarnye kan.pernah terbaca kat blog ustaz hasrizal.. hmm kadang2 kite ni nervous sgt nak jawab soklan2 cmtu.. adekah sebab kita takot nak jawab atau sebab kita tak tahu jawapannya..

kadang2 memang sepatutnya kita tanyakan soklan tu pada diri sndri kan.

ainz said... [Reply]

Salam Intan,

Sy adalah follower baru awak..best bc blog awak..

Apapun sy nk ucap tahniah kat awak coz awak berani jawab apa yg kawan awak ty tu..

Tapi lg cantik klu awak ckp berkenaan kejadian ciptaan thn..termasuk thn diaorg yg diaorg sendiri kena ukir..mcm yg zaman nabi2 kita pernah buat dulu..(betulkan sy andainya sy slh)..

Tapi sy fhm..klu sy kat tempat awak..sy pun mgkin xtahu nk jwb apa..he..he..he..

Related Posts with Thumbnails